Dah jadi lumrah untuk kita susah nak puaskan hati semua orang, kadang-kadang kita dah rasa kita buat yang terbaik tapi orang lain tetap mempertikaikan. Pabila hati dah bengang, membuatkan kita tension dan naik angin dengan berang!. Tapi kalau kita fikirkan secara positif pula, ada baiknya kerana dengan kritikan daripada orang sekeliling membuatkan kita tahu akan kesilapan yang kita buat dan cepat-cepat untuk membaikinya.
Kadang-kadang kita ikhlas menolong orang, tapi ada jugak sesetengah manusia yang iri hati, cakap kita nie cuba ambil kesempatan. Secara ringkasnya, sukar untuk kita memuaskan dan mengembirakan hati semua orang. Jika kita asyik menggembirakan hati semua orang yang tak pandai menghargai, bagaimana pula dengan hati kita?lebih baik kita menjaga dulu sekeping hati kita dari kita sibuk nak jaga hati org lain, sebab org yang kita cuba jaga hatinya itu belum tentu nak menjaga hati kita,betul tak?Kalau dia tak mampu bahagiakan kita pun tak apa, asalkan sahaja dia tak menyusahkan diri kita.
0 00 Budak comey:
Post a Comment