Friday, 30 December 2011

Say gud bye to 2011 and say Hello to 2012




Setelah sekian lamanya asyik duk berblogging, nampaknya assigment aku tak bergerak!hakhak. Yelah bila dah duk mengadap lappy jer, kerja lain pun tak buat. So, lepas jer update entry nie, nak buat assigmentlah pulak, ada sikit lagi belum siap. Lepas tu, bereskan homeworks lagi, adess! banyak lah pulak. Buat kerja last minutes lah katakan, macam nie lah jadiknya.. Rindunya dekat school, minggu depan kita jumpa oke?hehe. Baju sekolah pun baru siap dibasuh sekali dengan beg. Kesian, beg sekolah tak de orang nak sponsorkan..:(


Esok dah masuk tahun baru..So, nie entry terakhir untuk tahun 2011.hakhak.. Esok bermulanya tahun 2012. Azam aku, nak tambahkan amal ibadat+nak rajin belajar+nak jadi bet student+nak jadi pelajar kesayangan cikgu+tak nak layan dengan kawan yang suka mengumpat,pergi kau jauh-jauh!!.hehe.. Kalau boleh lah kan, aku nak sentiasa berfikiran positif sebab dengan berfikiran positif, hidup lebih aman dan tenang.. Harap-harap azam itu akan terlaksana, InsyaAllah.. :)
❀✿❀Thanks sudi luangkan masa disini❀✿❀

Jom Kembali Ke Sekolah



Posing kejapp,hihi
Huh, penatnya shopping barang-barang sekolah. Tapi kadang-kadang rasa malu jugak, yelah. Tahun depan dah umur 19 tahun tapi still bersekolah lagi, hehe. Tak apa lah, redha jelah kan. Form6 best apa!perghh.hehe. Nak dijadkan cerita, tahun depan aku jadi Ahli Rakan Sebaya(PRS). Tergopoh-gopoh aku duk cari baju warna purple, kain dark purple dan tudung purple jugak! Mak aii, serba purple lah aku nampaknya aku tahun depan. Actually, memang dah dari dulu nak jadi ahli Prs nie tapi tak berpeluang. Alhamdulilah, tahun 2012 dilantik pulak jadi ahli Prs. InsyaAllah, aku akan menolong sesiapa yang dalam kesusahan,hehe. Aku boleh jadi pendengar yang setia dan insyaAllah boleh bagi nasihat sebab aku memang minat pasal kauseling-kauseling nie. >.<


Sekolah nak bukak lagi 3 hari kan?cepatnya masa berlalu.. Masuknya tahun baru bermakna, azam pun mesti ada kan? Azam tahun lepas pun tak tahu tercapai ke belum, dah nak azam tahun baru pulak, adess.. Apa azam korang ekk?kongsi-kongsi lah..hehehe.. Tak sabar nak masuk sekolah, maklumlah dah berbulan duduk kat rumah, rindu jugak dekat sekolah, kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Macam manalah first day kat sekolah nanti, harap baik-baik saja..amin.. Jom Semua Kita Ke Sekolah.hukhuk :)


adess, gambar kasutt blurr

Hehe, buku nota tema Angry Bird


❀✿❀Thanks sudi luangkan masa disini❀✿❀

Thursday, 29 December 2011

❤Tentang Dhia ❤




Akhirnya, selesai suda cerita kegilaan ramai sekrang nih, Tentang Dhia. Perghh, sedih giler ending cerita tu. Nak nangis jer tapi tahan, sebak lah :(. Tak tahu lah kalau terjadi pada diri kita sendiri kan? sob sob.. Tapi tak pelah, sekadar lakonan semata-mata kan. Tapi banyak jugak kebaikan dalam cerita tu, cuma yang bab-bab bomoh jer. Tak suka lah. Manusia bila dah benci, macam-macam sanggup buat termasuklah membunuh/fitnah. Haishh, takut bebenorlah dengarnya.


Tapi kan, Nora Danish nampak sweet sangat kan dalam cerita tu, dengan bertudung lagi. Cantekk.:) Cara dia berlakon pun best, lembut sangat. Memang sesuai dengan watak dia sebagai Nurkamardhia. Hope Nora Danish terus maju dan berjaya dalam Industri Seni di negara kita. 
Love you sis 


Macam-mana lah agaknya rupa mak mertua aku akan datang ekk?hehe.*takut*. Harap-harap baik hati,amin.. tak busuk hati,hehe.. Yelah, busuk mulut boleh gogok gigi, busuk bau badan boleh pakai dedoren. Tapi kalau dah busuk hati tu, dah tak tahu nak cakap apa lah. Dengan insaf+berzikir+sembahyang jer dapat lembutkan hati kita, InsyaAllah..  Allah Mahu Pengampun lagi Maha peyayang 


p|s:Jauhilah perkara-perkara yang boleh menyesatkan diri kita.

❀✿❀Thanks sudi luangkan masa disini❀✿❀

Wednesday, 28 December 2011

Susah Nak Puaskan Hati Semua Orang





Dah jadi lumrah untuk kita susah nak puaskan hati semua orang, kadang-kadang kita dah rasa kita buat yang terbaik tapi orang lain tetap mempertikaikan. Pabila hati dah bengang, membuatkan kita tension dan naik angin dengan berang!. Tapi kalau kita fikirkan secara positif pula, ada baiknya kerana dengan kritikan daripada orang sekeliling membuatkan kita tahu akan kesilapan yang kita buat dan cepat-cepat untuk membaikinya.


Kadang-kadang kita ikhlas menolong orang, tapi ada jugak sesetengah manusia yang iri hati, cakap kita nie cuba ambil kesempatan. Secara ringkasnya, sukar untuk kita memuaskan dan mengembirakan hati semua orang. Jika kita asyik menggembirakan hati semua orang yang tak pandai menghargai, bagaimana pula dengan hati kita?lebih baik kita menjaga dulu sekeping hati kita dari kita sibuk nak jaga hati org lain, sebab org yang kita cuba jaga hatinya itu belum tentu nak menjaga hati kita,betul tak?Kalau dia tak mampu bahagiakan kita pun tak apa, asalkan sahaja dia tak menyusahkan diri kita.


❀✿❀Thanks sudi luangkan masa disini❀✿❀

Contest My Blog Simple But Cun



Jom join ramai Contest My Blog Simple But Cun by Najla dan Dina. Cuba nasib, mana tahu ada rezeki kan, Alhamdulilah. :)
Tag:


❀✿❀Thanks sudi luangkan masa disini❀✿❀

Tuesday, 27 December 2011

Cabaran Dalam Hidup



Kehidupan kita memerlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk kita mengapai kejayaan. Bagi aku, terlampau banyak dugaan yang mesti dilalui, tapi anggap saja ia sebagai satu ujian buat aku. Sesungguhnya, Allah bersama-sama dengan manusia yang sabar. Aku pegang kata-kata itu sampai sekarang, walau sakit mana pun yang aku rasai saat ini, InsyaAllah kesenangan akan aku rasai kelak. Masa tu nanti, bolehlah aku membalas kesemua jasa-jasa ayah dan ibu yang selama ini terlampau banyak berkorban untuk aku. Tanpa mereka, siapalah aku dalam dunia fatamorgana ini. Aku amat menyayangi kedua orang tuaku, bagi aku mereka segala-galanya.Tak sanggup untuk aku melukai hatinya.
p|s: Sayang ibu dan ayah sangat-sangat


❀✿❀Thanks sudi luangkan masa disini❀✿❀

 
© Copyright ❤Nara's Blog❤ since 2011 ©